Misi mencari katering untuk majlis perkahwinan
Untuk sesebuah majlis perkahwinan banyak perkara perlu diuruskan. Dari jumlah jemputan, busana, andaman, pelamin, jurugambar, dan yang paling penting adalah katering.
Ramai yang fokus kepada pengantin seperti busana, andaman dan jurugambar.
Di Selangor dan Kuala Lumpur katering Amimy Kitchen tidak asing lagi terutamanya majlis di Shah Alam dan Subang. Dari Shah Alam, Kuala Lumpur hingga ke Rawang dan Kajang memang sinonim dengan Wedding planner ini terutamanya servis katering mereka.
Amimy Kitchen menawarkan pelbagai pakej menarik dari katering, busana, andaman, pelamin, kanopi/dewan. Pakej lengkap yang sangat berbaloi dan jimat memang menjadi pilihan bakal pengantin.
Antara sebab kenapa servis katering mereka terkenal bermula di Shah Alam adalah kerana menu Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, dan Daging Masak Hitam. Keunikan 3 menu ni ada pada semua katering perkahwinan, tapi menu Amimy Kitchen tidak sama seperti di tempat lain. Saya nak kongsikan 2 jenis lauk mereka iaitu Ayam Masak Merah dan Daging Masak Hitam.
1 - Ayam Masak Merah
Menu ayam masak merah yang disediakan Amimy Kitchen memang terasa lain dari ayam masak merah di majlis perkahwinan yang pernah saya pergi sebelum ini. Biasanya ayam masak merah lain lebih kepada rasa pedas. Tapi ayam masak merah Amimy Kitchen terasa Masam Manis dan sedikit pedas, memang sangat menyelerakan. Bila di makan dengan nasi, terasa sangat sedap.
2 - Daging Masak Hitam
Daging masak hitam merupakan antara menu wajib untuk tempahan katering majlis perkahwinan. Kelainan daging masak hitam Amimy Kitchen adalah pada rasa masak hitam yang cukup rasa, sangat enak. Apa yang istimewanya menu Amimy Kitchen ini adalah dagingnya yang sangat lembut, sehinggakan tetamu yang berumur juga memuji menu ini kerana dapat menikmati tanpa ada masalah.